Mumble rumble edition (Part 4)
Rabu, 2.7.08
Aku apply cuti, ni kali kedua dalam tahun ni. Rasanya last ambik cuti bulan Mac. Isk2. Ni pun apply sebab terpaksa – nak lapor diri sebagai student kembali…:)
Pagi tu ke UPM, lepas submit semua laporan kesihatan, lepas tu ke GSO (yang jauh gila atas bukit nun!). Semua setel dalam setengah hari je. On the way balik ke umah, singgah opis jap, ambik barang. Balik umah – membuta sampai petang. Ish2…
Jumaat, 4.7.08
Cuti lagi. Asalnya ada taklimat program kat fakulti (mcm pelik je panggil fakulti – dulu kat USM mana ada fakulti, semua pusat pengajian aka school), tup2 last minute cancel dan ditangguh ke hari Sabtu. Aku tak cancel cuti pun (bukannya aku slalu cuti pun), aku singgah opis sejam lepas tu terus pecut pi KL, umah abang aku. Petang tu agendanya adalah bermain dan bergurau senda dengan anak2 menakan. Huhu
Sabtu, 5.7.08
Pagi ni ada taklimat untuk semua postgrad di fakulti aku. Tentatifnya mula pukul 9 pagi, tapi kebanyakan lecturer datang 9 lebih, maka taklimat mula pukul 9.30 pagi. Aku dengan tahap kelaparan yang maksima, tahan jelah. Pagi2 tu sampai kat UPM, satu kafe pun tak nampak yang dah bukak. Maybe sebab student tak ramai lagi, yang ada hanya student2 baru je (termasuk aku hehe). Nasib baik la ada sikit refreshment. Sempat kenal beberapa orang kawan2 baru dan lecturer yang akan mengajar dan handle program ni. So far so good. Harap2nya aku boleh bertahan sampai grad!
Ahad, 6.7.08
Pagi, ikut Bijan + my SIL ke Pasar Chow Kit. Hmm. Area Chow Kit & Kg Baru memang sangat sentimental. Lama tak datang sini.
Petang, meronjang dengan Izira & Madihah di Jusco Cheras Selatan. Sempat beli novel HES – Ketika Cinta Bertasbih Episod 2. Dek kerana nak diskaun 20% untuk novel tu, terpaksalah register jadi member Popular Books. Tak sedar plak selama ni tak penah ada membership kat Popular, hanya ada untuk MPH & Times Bookstore je.
Then, Madihah belanja makan kat Johnny’s. Makan steamboat bersama2 kakak, abang ipar dan adik dia (Jiji). Sangat kenyang. Sedap gak rupanya. Hmm sekeping gambo pun tak ambik dek sangat teruja untuk ‘masak’ dan masing2 nak tunjuk skill n strategi-sapa punya ‘periuk’ lagi sedap! Haha.
Lepas balik dari Jusco, hantar Madihah pulang, dan tumpang solat Asar. Tapi niat tersembunyi singgah ke umah dia tu adalah untuk membuat pinjaman DVD pirate dari koleksi yang dia ada! Banyak gak aku pinjam…mau berbulan2 baru habih tengok semua. Movie omputih, cerita Jepun…isk2 macam2 ada…
Then, hantar Izira balik. Nak dijadikan cerita, masa dia nak bukak kunci pintu pagar, kunci tu tercampak ke dalam longkang yang agak dalam yang tak tercapai tanganku mahu pun tangan dia. Nak pulak, takde sesapa kat umah dia. Mujur ayah dia bleh datang pass kan kunci kat LRT Bukit Jalil..kalo tak ko tido luar la cik Izira oi…:P
Balik ke umah abang aku, esok paginya terus ke opis dari KL. Barulah terasa betapa peritnya traffic jam time pagi2 bila semua orang rushing pi kerja. Tak sanggup den.
Huh. Kerana buat2 sibuk minggu lepas sebab tulah tak sempat nak update blog. Alhamdulillah perkara yang meyakitkan kepala aku dah setel sikit2. Hal postgrad, umah sewa (dah ada kawan nak masuk)…so aku dah waras sikit la skang ni ;P
Akhirnya lepas 3 tahun baru la aku berpeluang sambung belajar balik. Mudah2an dipermudahkan oleh Allah. Mudah terima ilmu, mudah faham. Cepat grad. Insya Allah
Bermula hujung minggu depan, aku akan menjadi sangat sibuk. Sibuk pegi kelas di hujung minggu. Maka kurang kegiatan berjalan2 dan berwindow shopping dan juga melepak di rumah menonton tv. Jadual aku akan berubah. Argghhh! Well, semua perkara yang baik menuntut pengorbanan…:) Wish me luck!
Set your goals high, and don’t stop until you get there. – Bo Jackson
** Aku dah bosan dengan background yang lama. This new background looks simpler and cleaner. Refreshing.
2 comments so far
Leave a reply




wah tahniah kerana berjaya menjadi student balik
hehehe saya gak yg blom nak sambung lagi..hehehe
btw amik course apa kat UPM nun?
Tengkiu2…:)
ambik course environmental management…
topik feveret karam singh walia gitu..hehe